UTP interview


Assalamualaikum w.b.t.

fuhhh. berhabuk blog nih.
lama sangat tak update

so.. i guess some of the readers questioning bout my destiny huh?

lemme share bout it

hm.. last post pasal interview JPA kan?
kalau nak recall balik..
after that JPA, i went to UTP's interview
well, it went like the worst interview i've ever performed

hm. just a short sharing bout the iv
we came to the iv place early
then queue up for registration
guess what
masa tu memang my schoolmates yg monopoli
kitorg queue up pun sama sama
unluckily, there's one chinese boy masuk kat 2nd line
so it's like UHHH HANCUS PROGRAM
sebab.. based on the iv we heard before, there will be group session and individual session
well, the grouping would be based on the registration
AND WHAT A JINX
i was so nice i gave my other friends to line up first
and group number 1 which was consist of my schoolmates and the chinese boy
the person right in front of me was the last person to be counted as their group members
UHHHHHHHHH
and finally i was in the group with ALL STRANGERS
i was hoping too much on the grouping part
we actually made a plan among us already
phewwwww

okay. back to the iv session
first of all, there would be a briefing
which probably promoting UTP
then there would be a writing test
ehh not a test actually
we would be given a passage
it's randomly given with different topics among the group
and i have no idea what was it basically about
we have to answer a few questions they provided
it's like more to presenting your idea
after about half an hour, each of us been called one by one into the room
when it comes to my turn,
i was shocked!
well, usually there'll be introducing ourself session and bla bla bla
guess what, the interviewer directly asked about the issue
and my mouth was tightly zipped when he asked totally different questions based on the questions given
yeah. I WAS JUST LIKE A FOOL SITTING IN FRONT OF HIM
then after each of our group members been interviewed personally,
then we entered the room by group
we have to discuss on the issue and present on our topic given
it's kinda tough 
okay. that's all

actually I enjoyed trip to the iv just because I was travelling with my friends
I was dumbfounded to know that there were 9 of us had the same flight!
and i guess more than 10 of us were in kuching!
as on that time, UM iv and UTP iv were held on the same day and on the same time

apa kejadah aku rajin sangat nak speaking broken english ni haih
hmm
yang penting sangat best!
sebab ada kawan je laa. hehehee
iv tu memang tak best LANGSUNG
bukan apa
the reason is I CANNOT PERFORM WELL
tu yang tak best tu
hm

okay. end here.
May Allah bless.
Assalamualaikum w.b.t.

Pengalaman Interview JPA SAC

Assalamualaikum w.b.t

last 16th April 2014, alhamdulillah, aku dapat pergi interview untuk JPA SAC
apa SAC?
Student Assessment Center
yang ni untuk 4 countries tu.. Jepun, German, Korea and Perancis
well, as usual, aku akan pilih jepun
walaupun dari tadika aku dah belajar arab -_-

okay.. meh aku share sikit pengalaman aku untuk hari tu

first of all, aku macam biasa.. interview memang pergi sabah
sebab apa? well. aku dah describe kat post JAD interview

interview tu kat Kampus INTAN, sabah
and actually aku ngan abah aku tak tau pun kat mana kampus tu..
masa pergi sabah tu my mummy tak join sebab busy with work
so.. abah ngan aku je laa pergi.
petang sehari sebelum tu, aku ngan abah dah pergi cari kampus tu and siap kira masa perjalanan lagi

HARI INTERVIEW

pagi tu aku awal gerak dari hotel
sebab kalau nak ikutkan perjalanan kitorang semalam, 50 minit baru sampai
kitorang tak ambik breakfast kat hotel
so.. gerak pukul 6.30pagi camtu
unexpectedly, boleh lak sampai kat sana 30 minit je ~.~
so..
kitorang singgah untuk breakfast dulu
but then aku takda selera lak.
just order air milo panas and makan sesuap nasi goreng yang abah order
hehehee
while waiting aku tak pulak sibuk nak study ke apa
aku sibuk bukak youtube -_-
btw, fyi, aku pergi interview tu memang lenggang kangkung
takda preparation langsung
ada laaa sikit kot
baca blog orang je
well. aku takda semangat sangat mula mula
siap text my 'virtual supporter' aku taknak pergi interview tu

mana taknya
aku nak sangat JAD masa tu
dah la tak kenal sesiapa pun
kawan kawan or actually kenalan aku yang lain semua slot lain
tak sama ngan aku
so.. agak awkward ah

pagi tu lepas je breakfast
guess what
interview start pukul 9am
tapi pendaftaran 8.30
and aku dah terpacak kat depan gate Kampus INTAN 7.30am
2 jam awal beb!
apa lagi...
aku paksa abah ronda ronda kawasan tu taknak masuk awal
sebab awal sangat yang teramat
cuak doh

thendah dekat pukul 8, baru laaa aku setuju nak masuk kampus tu
masuk masuk je, aku tengok dah ramai dah menunggu
sebab takut sangat, siap cakap kat abah
"bah, salah ni kot. mana tau bangunan lain. mana tau tu orang yang bekerja"
well. taknak turun kereta plus cuak habis
last last ikut je laaaaa abah aku pergi sana
sampai kat sana, terus jenguk tempat pendaftaran
ohh. belum bukak.
then, abah lak nak cari toilet.. so... aku pergi membawa diri
memberanikan diri menegur manusia yang wujud kat situ yang memegang fail dan berpakaian formal
aku tegur sorang ni
she's Pithriana *sorry kalau salah eja. heheehheehe*
then ada sorang lagi yang baru sampai.
*shake hands* "Izzah""Atikah"
atikah : eh? dari sekolah mana?
me : sains miri
atikah : ouh. patut familiar. yang kat FB tu kan? aktif kat group SBP0913
me : hahahaa *hanya itu yang aku mampu katakan*

then tak lama lepas tu, kitorang kena panggil masuk bilik pendaftaran
thennnnnn
baru abah aku muncul kat muka pintu masa aku dah selesa dok kat dalam
guna body sign je laaa communicate
hehehehe

dah tu.. aku pun actually buang tebiat hari tu..
well, i said 'HI' to everyone near me . hehehehehehehehe
so.. ramai ah kawan baru en.. di samping nak hilangkan nervous yang kritikal tuu

then kitorang kena cek nama and ingat number kitorang
i got number 13 ! hm
then kena hantar sijil and pembahagian kumpulan
sebelum tu, kitorang kena brief sikit
siap kena buat teguran sebab ada orang yang dokumen tak lengkap dan tak tersusun
so.. pastikan sebelum pergi iterview, semua dah siap disusun dalam fail
susun dokumen ikut yang diorang listkan. ikut urutan tau!
then sijil sijil tu peringkat tertinggi kat depan
yang ada pencapaian semua tu..
letak je okayy? ;)

akak yang menguruskan tu main sebut je nombor
aku kena group 1
8 perempuan, 4 lelaki
guess what, kitorang punya group laaaa paling ramai

kitorang ada 3 group
lepas tu kena bawak pergi 3 bilik ni..
group 1 kena masuk bilik 'study case'
group 2 masuk bilik 'debat'
and group 3 masuk bilik 'permainan minda'

apa benda tuu???
okayy.. lepas ni aku share

first, bilik study case
kitorang kena fully cakap english
kalau kau nak kena deduct marks, silakanlah berbahasa malaysia
well, disebabkan atikah ngan pit sama team ngan aku.. apa lagi kitorang
dok semeja ahhh
best kot
kitorang duduk suka hati je
aku tau laaa ni mesti kerja grouping sebab based on blog yang aku baca, camtu laaa gayanya
ada dua meja
satu meja 2 lelai 4 perempuan
well, although we spoke broken english, tak kesah ah
janji boleh difahami and CONFIDENT
kitorang ada 2 orang panel
kitorang kena tajuk 'climate change'
so.. suka hati kitorang laa nak bincang apa
janji berdasarkan tajuk tu
kitorang kena bagi emmm tak pasti ah.. 20 minit kot..
bincang dalam group
then baru bentang. sukahati nak bentang by group atau al-wakil
disebabkan kawan kawan sama group aku ni masa tu maybe tak panas enjin lagi kot
aku apa lagi..
al-maklum mulut becok kan.. hahahahahaa
aku laaa start conversation
then bincang punya bincang and bentang
sebelum bentang tu sempat pulak panel tanya, "so, do you have any name for your group?"
slumber badak aku tak perasan sapa yang sebut tapi dia sebut "fantastic"
tetiba group sebelah lak sambung "bombastic"

bila panel tanya group mana nak start dulu
well, lancar je mulut aku nak volunteer
sengal kan? hahahaa
then masa bentang tu..
ada laaa panel mencelah
tanya soalan
and soalan dia superb habis
phewwww
alhamdulillah dia tak pakai m16 nak tembak aku
kawan aku kena lak
pehhh
kesian aku tengok
ada gak aku menyampuk
nak selamatkan kawan kann
heyy, kitorang kan satu team
kenalaaa ada teamwork

habis je sesi case study, kiotrang keluar dari bilik tu and pindah pergi bilik 'debat'
weh
ni parah weh
aku dah la tak reti nak debat ni
yang ni fully bahasa melayu lak
HARAM english beb
masa ni lak mulut aku gatal sangat nak speaking
-_-
ada laaa jugak terlepas beberapa perkataan english
kitorang kena buat 2 barisan masa nak masuk bilik tu
then dalam bilik tu, ada dua bahagian
kitorang ambik sebelah kanan
setengah lagi sebelah kiri
kat meja kitorang ada tag "pembangkang"
okay i got it -_-
masa ni team dah berubah dahh
but atikah still sama team ngan aku
kitorang diberi masa kalau tak silap 10 minit je nak bincang
tapi aku rasa macam 5 minit
-_-
tajuk kitorang, "keruntuhan moral remaja masa kini banyak dipengaruhi oleh media massa"
ala ala camtu ah
setiap sorang akan diberi masa 4 minit
minit ke-3 akan dibunyikan loceng sekali, dan minit ke-4 akan dibunyikan dua kali
masa ni laaaaa kitorang sangat menantikan loceng tu berbunyi wehh
mana taknya
ada sorang budak ni tak sampai 3 minit pun dah sekian terima kasih
abang fasi tu suruh tambah poin lagi
panel dua orang kat hujung hanya pemerhati dan mendengar
i'm so dead
seriously terrible
uhhhhh
dah laaa gagap
aku cakap laju
then poin aku habis sebelum 3 minit
so.. apa lagi... aku goreng another poin
alhamdulillah, masa aku cakap sekian sahaja, loceng dah dua kali bunyi
entah apa aku merepek pun aku tak tau
janji bercakap dah laaa
gagap mak aihhh
dah laaa aku sakit tekak tak minum air langsung
haish
ujian betul ah
masa tu yang duduk sebelah fasi akan jadi pencadang 1 dan pembangkang 1
dia buat selang seli pencadang then pembangkang
syarat debat ni..
tak boleh mencelah
kena bercakap 4 minit *tapi obviously, sekurang-kurangnya 3 minit*
tak ada pergulungan

masa ni memang menguji kesabaran habis
panel memang psycho beb
sepanjang kitorang berdebat tu..
panel ada buat muka mengantuk
menguap
tengok tempat lain
main pen
menguji keimanan betul ah -_-
sabo je laaaa

kitorang habis awal
so.. borak borak laaa dulu dengan abang fasi tu
dah team aku krikk krikkk
aku apa lagi
korek soalan.. aku laaa banyak tanya banyak cakap
although actually aku dah tau sebab banyak info kan dapat dari blog seniors sebelum ni
tapi tanya je laaa
kesian abang fasi tu cakap sorang sorang
aku ngan budak sains sabah je laaa yang banyak cakap ni
fariduddin ngan atikah
diorang ambik 80 students untuk jepun, 80 perancis, 70 korea dan 70 german
if i'm not mistaken laaa
lebih kurang camtu laaa
so.. memang fighting habis ah
seluruh malaysia dah berapa orang yang mohon
sabo je laaa

then dah team lain dah selesai, kitorang keluar dari bilik tu
tengok budak yang keluar dari bilik permainan minda semua muka tegang
muka stress
tak senyum langsung
kitorang pun dah start cuak dah
masuk je kat dalam, abang fasi bagi arahan
"nombor ganjil kat meja ni, nombor bulat kat meja tu"
team aku kena kat meja depan panel
well, dah 2 kali aku sama team ngan pit, atikah and fariduddin
now aku just sama ngan fariduddin
the others muka baru sama team ngan aku
macam biasa.. banyak cakapnya memang aku
tapi ada satu masa ni.. semua senyap
mungkin cuak
yelaaa
semua cuak tengok muka budak budak yang keluar dari bilik tu tadi muka stress
tak senyum langsung

tetiba lak abang fasi kat bilik tu cheer kitorang
ajak cakap
dia tanya laa sapa ambik negara jepun, perancis, german n korea tu
ada yang dia tanya kenapa ambik kat sana
part jepun, aku sorang je kena tanya kenapa nak jepun
then siap tanya U mana yang top kat jepun
world's top U
alhamdulillah, aku still ingat apa yang aku buat research untuk preparation JAD dulu
then tak lama lepas tu panel datang
2 orang gak
tapi kali ni sorang lelaki sorang perempuan
awal awal tadi semua lelaki
kitorang diberi 3 soalan yang menguji minda
alhamdulillah, team aku laju je dapat jawapan untuk 2 games pertama
game last tu agak lawak ah
soalan tak logik
soalan 1 ngan 2 dia more to math
lekk
takdanyaa nak add math
simple question
disebabkan kitorang dapat jawab dengan cepat,
abang fasi tu siap merajuk lagi "apa ni.. takkan laaa semudah tu jawapan korang. kot kot ada kaitan ngan fizik ke... chemistry ke.. takkanlaa kitorang terbang jauh jauh dari putrajaya sampai sabah ni nak dapatkan jawapan semudah tu. kecik ati ah ceni"

lawak habis beb
kitorang pun teruskan berusaha mencari jawapan lain
tapi still tu je kot jawapan
masa tu sebenarnya kita kena show teamwork kita nak dapat jawapan tu
bukan sendiri sendiri okayyyyy
yang ni pun wajib bahasa melayu! no english pls

soalan last tu ada lak sampai masuk ferrari, lamborghini ngan lalat -_-
soalan ni laa yang aku paling ingat
dia bagi ferrari dengan kelajuan 210 km/j dan lamborghini dengan kelajuan 190km/j
aku tak pasti yang mana satu kelajuan tu.. tapi mmg tu ah number dia
sebelum lambo ngan ferrari tu nak terlanggar, ada seekor lalat muncul mendahului ferrari dengan kelajuan 800km/j
lawak sungguh -_-
then lalat tu terbang kat lamborgini then pergi balik kat ferrari
berapakah jarak lalat tu pergi?
emm. diorang tak bagi masa
so.. team aku pun macam macam ahh kelaur teori
team sebelah siap keluar nyamuk lagi
hahahahaaa
seriously, permainan minda ni tak stress pun
best!
enjoy habis kitorang
gelak je memanjang
lupa nak bagitau
lepas je dapat jawapan, and diberi masa, kitorang kena bentang
sorang je wakil camne nak dapatkan jawapan tu
masa tengah bincang soalan last tu
well, seperti yang korang maklum, aku paling banyak cakap
tetiba lak panel perempuan tu tanya, "awak budak semenanjung ea?"
and aku jawab je aku budak sarawak
dia soal siasat asal aku ambik kat sabah
and dia mati mati ingat aku budak semenanjung -_-
then kitorang proceed ngan discussion
last task tu, aku yang bentang
masa nak bentang tu, abang fasi tu tanya "eh, bukan awak dah bentang ke tadi?"
ni laaaaa akibat banyak cakap
hahahahahahahaa
aku jawab laaa tak
then aku bentang tu pun agak memalukan
ye laaaa
kitorang buat teori ikut logik
masa aku nak cakap lalat tu mati kena langgar, aku gelak sendiri
satu bilik tu gelak sebab aku gelak sendiri sebelum cakap apa apa -_-
well, tinggi sangat imaginasi aku ni
then lepas bentang semua, kitorang balik kat bilik pendaftaran

team kitorang first selesai.. apa lagi aku
"jom gambar!"
hahahahaa
then kitorang bergambar ah..
aku jadi camera girl. cheeewah bajet. hahahaa


ni antara girls team aku. lawa lawa kann?? ^^

this is my group exclude me

and hi! that's me. hehehe . credits to atikah for the snap

dah semua selesai..
kitorang pun balik.... farewell friends
you guys are awesome!
sorry sebab becok sangat. hehehehehee

till we meet again!
pray for us ;)

May Allah bless us and our undertakings

kepada adik adik yang nak pergi interview tu..
all the best okayy!

kena ingat, lain interview, lain style
so.. rajin rajin laa blogwalking ;)
paling penting kena confident
maybe tahun 2014 dan yang sebelumnya macam ni..
interview punya style ni sentiasa berubah
so, kena laaa sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan
prepare yourself physically and mentally
tak semestinya tahun korang akan sama dengan cara pelaksanaan tahun kitorang
so, jia you !

May Allah bless

Wallahualam

JPJ Test and JAD RESULT

Assalamualaikum w.b.t

okayyy. hari ni jpj test lagiii
semalam kereta. hari ni moto lak
ehehehe

seperti biasa.. aku memang akan datang awal
lewat sikit ah dari semalam
6.25am aku dah tercegat kat litar
hahahahahaa
datang datang jaaa.. cikgu bagi kunci moto
so.. aku conquer ah litar..
hahaha
entah berapa round aku buat

dah banyak kali dah
aku dok laaa kat kerusi tuu
waiting for the others
agak lamaa
munirah datang lambat
so.. awal tu aku sorang je perempuan
pehhhh
seram wehhh
semua lelaki
hari ni ada test untuk lesen moto and lori
dah laaa diorang semua smokers
gila tak tahan akuu
nak nangis je aku tadi sorang sorang
siap bau rokok lagi
TAK TAHAN!
WEY, NAK BUNUH DIRI TU JANGAN LAA BUNUH AKU SEKALI !

alhamdulillah, cikgu aku tegur diorang
"respect sikit la sama ini amoi tengok dia dah tutup hidung. dah la buang puntung rokok tu merata-rata"
tapi aku tetap gak tutup hidung
-_-
I HATE SMOKERS

patutnya jpj dah sampai pukul 8.30 camtu
paling paling pun pukul 9
tengok tengok 9.30 ! what theee ~.~
sabo je laaa

mula mula aku tengok sorang je abang jpj ni
ingat dia seorang
bukan abang jpj semalam tuu
then nampak akak jpj ni pulak
lepas test baru aku sedar tu akak semalam
cuma hari ni dia ikat rambut
semalam dia sanggul
semalam nampak strict
hari ni nampak sempoi jaa
hahahaa
nampak tak beza impression orang based on penampilan kita?
so... kena always ingat...
macam mana sekalipun korang kata don't judge the books by its cover bagai
hakikatnya
orang tetap akan judge
and their first impression will based on penampilan kita
also, perkataan yang keluar dari mulut kita
so.. take good care of ourselves ;)

tak lama lepas tu...
tetiba lak ada seorang lagi abang jpj
lama aku perhati
pehh.. abang jpj semalam
hahahaha
but kali ni dia tak pakai spec hitam lagi dahh
aku tak pandang dia masa dia lalu sebelah aku
well, aku dok kat tepi pintu ofis tu ~.~

then macam semalam ah
kena masuk ofis sorang sorang nak sign kat paper tu
guess what
aku #1 !
pehhh
tak alang alang
mula mula calon yang ambik lesen lori kena panggil masuk
then tetiba on the same time kitorang yang ambik lesen moto pun kena panggil
so.. masuk masuk je aku pegi kat abang jpj sorang tu
tetiba abang jpj semalam dok kat meja sebelah panggil aku
"dik, yang test moto sini"

dia dok ngan akak jpj
akak masa tu tengah menulis something
then abang jpj tu tengok aku
aku pun sengih laaa . jual gigi -_-
normal laa kan. senyum tu. ish.

abang jpj : eh. izzah!
me : *sengih*
abang jpj : izzah takda lesen moto lagi?
me : belum. ni baru nak test hari ni

wahai abang jpj... kalau aku dah ada lesen moto, takdanya aku nak ambik test hari ni
ABUDEN tol ah
takkan aku nak ambik lesen lori kot
agak agak ah
masa tu akak tu senyum je tengok aku
jeling kat abang jpj tu ~.~

then bila aku kena suruh start
pehhhhh. ni yang aku takleh blah
mana nak cek lampu moto kalau tak start lagi T_T
buat malu je
then test test test
dah selesai semua.. aku macam biasaaa.. sengih jee turun dari moto
then dok depan akak jpj
abang jpj tu dok sebelah dia je
aku ingat perlu sign apa lagi kee
tu yang dok sana tu -_-
rupa-rupanya just ambik result tu je

abang jpj : awak nak pergi kat sapa?
me : kat sapa-sapa jaa *aku tak paham sebenarnya apa dia maksudkan*
abang jpj : aiseyy *ni memang style dia dari semalam -_-*
akak jpj : nak pergi kat abang laa tu

sengih je laaa -_-

akak jpj : eh jap. lupa nak cop *cop cop . cek semula* eh. abang belum sign *serah paper kat abang*
abang jpj : ehh? abang kena sign? sign ke tak? hmm. abang perlu sign ke? *tengok kat aku*
me : tak tau
akak jpj : *jeling abang jpj* nak tuu

dah dia sign, dia bagi paper tu kat aku
-_-
asal akak ni tag team nak belasah aku sekali
tapi kan... masa tu laaa aku ada peluang usha abang tu
hahahahaahahahahahahhahahaa
gatal -_-
yelaaaa
semalam mana nampak muka abang tu
dah laa aku drive kereta. kena laa tengok depan. takkan laa nak tengok tepi
lagipun dia pakai sunglasses semalam
tadi dia tak pakai
pehhhh
HANDSOME WEHHHH
munirah lagi kata handsomee
bagi aku macam hans isaac
aku tak laa minat hans tapi tengok abang tadi nsem kot
hahahaha
k takyah layan sengal aku ni

alhamdulillah, i got my P for moto n kereta! yeyeyyyy!

then aku balik laa rumah munirah
abah ngan mummy busy ngan kerja
best kot otp ngan laila
gelak sakan aku layan dia ni ~.~
then.. hanis call
aku tak pasti apa main point dia call
tapi tengah tengah call tu aku bukak twitter
tetiba lak Aida tweet kat aku inform yang jad dah leh cek
kayy ni aku dah kecut perut
on the spot aku mintak hanis cek untuk aku
first dia cek kawan dia
alhamdulillah.. dia dapat
second, dia nak cek aku sebenarnya.. then lepas aku paksa, dia cek dia punya dulu
alhamdulillah, seperti yang aku memang dah jangka, dia dapat
then bila cek aku punya
cisss.. part ni hanis kejam
dah laaa sebut satu per satu nombo ic aku
mana taknya adrenaline rush T.T
tetiba lak dia diam
then macam susah je dia nak inform aku yang aku tak dapat
lepas je dia inform aku tak dapat, aku ingat dia nak prank aku
ye laaaaa.. hanis ni suka sangat nak kerjakan aku -_-
then bila dia kata dia tak tipu, aku rasa macam gugur je jantung aku
then macam tak sanggup dah nak cakap ngan dia
aku memang dah nak nangis dah masa tu
dah keluar air mata dah pun
aku rasa hanis nak cakap something kot. tapi aku dah off
then aku text laila aku tak dapat jad

tak lama lepas tu abah aku ambik aku
dah nak sampai rumah tu boleh pulak hanis call lagi
boleh pulak dia tanya aku sedih ke?
maigadddddd.. soalan bonus tol ahh

sampai kat rumah patutnya aku masak lunch
entah tadi aku masuk bilik jaaaaaa
bukak game kat tab
main jaa sambil air mata aku yang entah kenapa tak reti nak stop T-T
then ramai laaa text n tanya sal result aku
rasa macam taknak layan semua orangggg

then hanis call aku
ayat memujuk diaaa
pehh
hahahahahaahaha
tapi buat aku makin tacing ahh
so aku makin parah ah aku nangis
malu kot nangis depan lelaki -_-
kejap jaa dia cakap. then aku dah nak stop cakap
aku try tahan and control suara. taknak hanis tau aku nangis -_-
last last aku off terus.
tak lama lepas tu laila lak call
ni macam hanis jaaa yang suruh dia call. tu first kat otak aku

tapi aku syukur habis!
alhamdulillah, aku ada kawan macam laila
seriouslyyy
aku tahan gak nak nangis depan laila
tapi lama lama aku nangis gak
tapi aku tahan esak laa.. malu kot.
hahahahahaha
ayat memujuk diaa lawak habiss
"eh. jangan ah nangis. kata kau kuat.. kau sado.. ni mana sado nangis ceni"
"kau nak nangis, nangis je. lek lek. aku banyak kredit ni nk call kau"
macam macam ahh dia mengayat aku
hahahahahahaa
tapi seriously, tahniah laila!
kau mampu buat aku gelak sakan
lepas aku luah everything kat dia..
aku lega
tambah lagi dia asyik buat aku gelak
siap nak hantar bodyguard bagai
hahahahahaha
sayang ah kauuu!
then lepas jaa laila call
aku dah tak nangis dah
lega kot

tapi lepas tu ada lak text dari hanis
panjang berjela
terharu jaaa aku baca
and buat aku nangis lagiii ~.~

then kat twitter pun ramai gakk kawan aku try to calm me down
Lulu and Jordan memang nak buat aku senyum sampai telinga tunggu aku datang miri lagi
dah lama lama nangis tu aku rasa lapa
lepas jaa melahap.. aku sumpa mengantuk
hahahahahahaa
ular sawa betul -_-

petang petang tu bangun jaaa
terus baca text laila yang panjang yang teramat yang tersangat
hahahahahaha
laila kata text dia tu merepek
tapi bagi aku.. cukup menenangkan aku
ehee
bak kata laila, "jangan letak harapan tinggi sangat. macam kita naik bangunan.. makin tinggi, makin sakit kalau jatuh"
terharuuuu baca text laila khiriah niiiii

then hanis call lagi
kali ni aku memang terkejut beruk dengan perangai dia nii
dia siap call jad tanya pasal rayuan al-wakil untuk aku -_-
aku tak suruh punnnnnnnnnnnn
punya laaa baik hati dia ni
siap bagitau aku apa yang perlu buat dalam surat rayuan tu
Ya Allah. baik sangat dia niii
macam macam ah dia tolong aku
i'm speechless
hanya Allah dapat balas segala jasa budi baik kau

btw, menurut hanis dan amirah..
diorang JAD ni ambik students based on SPM jaa.. yang ada A and A+ only
aku kan ada 1 A-
adek adek yang nak SPM tu... ingat
satu A- boleh buat pmohonan kita kena reject T_T

well. perasaan kena reject ni lagi parah bila kena reject dengan crush
hahahahahahahaa
just kidding

okayy. back to hanis punya kisah tadi
so.. malam ni aku dah buat surat rayuan..
esok aku fax ! jyeahh
hope kali ni dapat..
mana taknyaa
aku nak sangatttt!
dah laaa semua yang aku mohon before this tak dapat
maybank, petronas.. entah apa lagi aku tak ingat dah

tapi kan.. tengah tengah aku tulis blog ni..
ehh typing. hahaha
tetiba kawan aku inform, jpa dah boleh cek
mula mula cek memang tak leh bukak
maybe sebab ramai sangat cek kot

last last aku cuba cuba, alhamdulillah  dapat gak bukak
alhamdulillah, aku dapat pergi interview tu
tapi aku entah laaa
tak laa happy sangat kot
tapi aku tetap akan hadir interview tu
yalaaaa
jad tak confirm lagi rayuan aku diterima kan
so..
try je laa
mana tau rezki aku bukan kat jad tapi kat jpa

pelik aku. dulu aku yang beri-ia sangat nak jpa
-_-
takpelaa
yakin rezki Allah tu luas
semua tu kuasa Allah
Allah dah aturkan yang terbaik buat kita
pray the best for me

May Allah bless.

Wallahualam

JPJ Test!


Assalamualaikum w.b.t

Pagi tadi... aku jpj test! Jyeahhh
Lambat kot
Ramai dahh kawan aku yang lain dah lama dah ada lesen P
Takpe. Janji ada lesen ;)


with besties yang sentiasa ada di samping ku dari kecil hinggalah sekarang ;)
alhamdulillah.. sama sama lulus :D

Meh aku share sikit pengalaman aku hari ni

Seawal 6.20am aku dah terpacak kat litar tu
Bukan apa. Abah aku bawak budak sekolah g wakil sekolah so dia kena pergi sekolah awal gak
So.. yang untung nya dapat datang awal ni, kitorang dapat try try driving dulu
Dah laaa dua kali
Orang lain ada yang tak sempat, ada yang sekali je kot
Hehehehee

Kat litar tu nothing much
Alhamdulillah everything went well

Ni aku nak cerita masa nak pergi laluan tu
I mean, on the road
Masa nombo aku kena panggil tu.. pehh..
Hanya Allah yang tahu getaran hati aku ni

Aku letak laaa dulu beg aku kat seat penumpang
Then masuk tanpa beri salam. Hahahahaha
Masuk masuk je, aku tutup pintu
Btw, dia cakap sarawak ngan aku. So, aku translate terus laa ea?
Bukan apa.. kat lawas, bahasa pertuturan kitorang bahasa melayu brunei

Abang jpj : sapa nama awak?
Me : Izzah. Izzah An Nabilah
Abang jpj : Izzah An Nabilah binti Mudihi. Cantik nama * tengok paper *

Then aku buat laaa apa yang patut
Tapi mistakenyaa.. aku cek semua except cermin pandang belakang
Then pakai seatbelt
Lepas tu baru ingat so baru aku adjust
 Tak sangka lak aku hilang markah kat situ -_-

Dah start tu.. nak keluar litar nak g jalan raya
Disebabkan jalan raya tu tinggi sikit, so kena imbang kereta
Entah kenapa, aku boleh terlepas clutch so, enjin mati
Then aku start lg, pastu line clear aku jalan
Tapi, LAJU

Abang jpj : eh, jangan racing. Lek lek
Me : hehehehe. Sorry sorry.
Abang jpj : jangan nervous. takda apa nak takut. buat macam biasa jaa.
me : eheee :D

Then senyap

Abang jpj : panas laaa. Awak tak panas ke? *kuatkan aircond*
Me : tak terasa. Nervous. Hahahaha
Abang jpj : lek lek. Jangan nervous
Abang jpj : hmm.. 96 *tahun kelahiran* berapa umur awak? 20 ea?
Me : ehh. Tak la. 18. Hehehe
Abang jpj : ouu 18.. spm ke stpm?
Me : spm
Abang jpj : jadi, macam mana result? Straight A?
Me : alhamdulillah
Abang jpj : HAH?! Semua?
Me : aah
Abang jpj : semua A?!
Me : alhamdulillah
Abang jpj : waaaaa.. pandai la awak. Awak tinggal mana?
Me : batu dua
Abang jpj : perumahan polis tu ke?
Me : tak. Tu batu tiga. Rumah saya depan lagi
Abang jpj : ou. Saya ni tak tau sangat lawas ni
Me : awak orang mana?
Abang jpj : orang mana? Hmmm. Orang mana ea..? Agak agak saya orang mana?
Me : miri? *sebab dia tak reti cakap melayu brunei*
Abang jpj : eh tak laaa. Saya orang mukah *salah satu bahagian kat sarawak*
Me : ouu. Berapa lama dah kat lawas?
Abang jpj : setahun lebih gak laa.. pernah nampak muka saya tak kat lawas?
Me : tak. Lagipun saya jarang keluar sebab dulu lama kat miri. Sekolah kat miri
Abang jpj : patut laaa pandai cakap sarawak. Sekolah mana?
Me : sains miri
Abang jpj : ouu. Sebelah sekolah agama tu ea?
Me : aah
Abang jpj : so, ni nak sambung study mana?
Me : tengah tunggu result biasiswa. Tak tau lagi
Abang jpj : biasiswa apa tu?
Me : banyak mohon.. tapi yang saya tunggu sangat ni jad
Abang jpj : apa tu?
Me : program study kat jepun. Tapi kat malaysia dulu 3 tahun
Abang jpj : ouh.. kawan saya dulu pun ada bekas budak sains miri. Dia dapat tajaan jpa pergi rusia. Masa tu tahun 2000 abang form 1, dia form 5. Dia ambik medic. Awak ambik course apa?
Me : engineering
Abang jpj : kenapa tak ambik medic?
Me : dulu nak ambik medic tapi entah laaa. Macam peluang terbukak kat engineering. So, ambik je. Ehee
Abang jpj : nak gula gula? *keluarkan gula gula. Dia makan satu, dia hulur satu kat aku*
Me : pedas ka? *tengok kotak gula gula tu macam pedas jaaa. Aku tak perasan gula gula apa tadi tapi kotak besi warna biru macam pedas semacam jaaaa*
Abang jpj : tak pedas pun. Awak tak tahan pedas?
Me : hehehehe. Tak

Masa dia hulur gula gula tu sebenarnya kitorang stop kat traffic light
Then bila lampu hijau, aku nak jalan
Masa tu aku pakai gear 3
Mana taknya mati enjin
Dua kali lagi tu
Aku lupaaaaa! Lalai borak ngan abang tu siap bagi gula gula bagai
Ada pulak lori belakang aku hon -_-

Abang jpj : awak guna gear 3, memang laaa mati enjin
Me : hehehehehe. Sorry lupaa
Abang jpj : tu laa. Layan saya lagi. Hahahahaha
Me : *sengih je laaa*
Abang jpj : lapar ke apa pemandu tu hon hon lagi. Tak nampak ke orang tengah kena test ni. ish..
*senyap*
abang jpj : so.. kalau yang biasiswa tadi tu, study kat U mana?
Me : kolej kemahiran tinggi mara beranang
Abang jpj : kat mana tu?
Me : selangor
Abang jpj : waaa.. dapat laaa nanti kalau saya kat KL saya call awak. Dapat keluar kan?
Me : eh. Tak kot. Kitorang stay kat hostel
Abang jpj : stay hostel ea? Takpe. Bukan budak sekolah lagi. Kat u, senang la nak keluar hostel nanti
Me : tak tau jugak
Abang jpj : kenapa tak mintak universiti awam je?
Me : sebab kalau dapat yang ni, dia full scholarship. Rugi kalau tolak
Abang jpj : ouh.. bagus laa tu. Saya dulu habis jaa study, dapat keja, keja je. Buat apa nak study lagi, result saya bukan baik sangat pun macam awak.
*aku tak tau nak jawab apa.. sengih je laaaaaaa*
Abang jpj : so.. selalu laaa datang miri ni?
Me : boleh laa jugak
Abang jpj : lawat boyfriend laaa tuu.
Me : eh. saya takda boyfriend laaa
Abang jpj : yelatu. Sekolah kat miri mesti boyfriend orang miri
Me : hahahaha.. saya takda boyfriend laaa. Betul. Best apa kalau just kawan kawan jaaa. Suka hati dapat kawan ngan sapa sapa. Pergi miri pun kalau ada event je.
Abang jpj : event? Event apa?
Me : hari tu kitorang buat prom night. Jumpa kawan.. bantu program sekolah
Abang jpj : ouu. Saya tak kawen lagi.
*aku make dunno jaaa.. diam. Konon focus laa kan. Tetiba jaaaaa -_-*
abang jpj : Waaa.. panjang nyaa number awak.. 0112 *dia tengok kat paper aku*
Me : baru beli. Hehee. Last year. Nombor baru memang camtu * aku sempat tengok jap. Pehhhh.. mintak jauh. Dia keluarkan fon. Please jangan save number aku! -_-*
Abang jpj : kalau ada rezki, kalau saya pergi KL nanti saya call laa. Jalan jalan kat sana
Me : *sengih jaaaa. Gilaa ini abang jpj. Seram!*
Abang jpj : ni maxis ke celcom?
Me : maxis
Abang jpj : ou. Saya pakai celcom. Dulu saya pakai maxis. Tak tahan.. digi ok lg kot
Me : saya tak pernah pakai digi. so tak tau sangat. Saya ada dua number actually. Satu maxis satu celcom
Abang jpj : waaa.. ni mesti ada dua fon kan?
Me : hehehehee aah
Abang jpj : ni mesti fon yang ni untuk sorang ni.. yang ni pulak untuk sorang ni lagi
Me : hahahahaa. Takde laa. Jarang layan fon pun. Tu pun beli masa form 5 dulu,. Kenapa tak tahan pakai maxis?
Abang jpj : dah la mahal. Susah nak cari line pulak tu
Me : ou. Hahahaha

*kereta aku dah menyimpang masuk litar*

Abang jpj : hmm.. ni nak bagi lulus ke? Lulus ke tak? Lulus ke tak? Gagal ke?
Me : hmm. Tak tau.. dah tadi mati enjin. Hehehe
Abang jpj : eh. Takda la. Takpa tu. Okayyyyy *kereta aku stop*
Me : lulus kaaaaa? Hehehehe
Abang jpj : untuk awak.. mesti laa lulus
Me : yey! Thankyou thank you thankyouuuu
Abang jpj : hahaha. Ye ye. Jap. Tunggu kejap *semak paper aku. Then bagi kat aku* tahniah awak *senyuman manis gila beb. Nak aku kena diabetes ke apa?* tolong panggil orang number 9
Me : okay *bukak pintu* terima kasih
Abang jpj : jangan lupa beg awak tu
Me : ye. Terima kasih!
Abang jpj : jangan tak angkat call
Me : *buat buat tak dengar*

Okayyy. Ini seram -_-
Memang ah nsem . Sado agi tu
Tadi smart smart pakai sunglasses bagai
Cakap pun lembut je . dah laa cool sepanjang masa
Aku tanya orang lain, abang jpj tak laaa banyak sangat cakap
Yang aku ni sepanjang jalan dia dok ajak aku borak
Maybe obvious sangat kot aku ni nervous
 Nak tenangkan aku laa tuu

Alhamdulillah, aku dapat 19/20
Mana yang hilang? Adjust cermin pandang belakang
Padahal aku dah adjust kot -_- sabo je laa
Janji lulus. Alhamdulillah
Yeayyyy! I got my P finallyyyyyy! :D
Thankyou abang jpj ^^

Okayy. End of everything. Hahaha . Suka sangat berseloroh abang jpj tu -_-

Bagi yang nak ambik lesen tu, All the best!!!
Jangan jadi macam aku kayy. Takyah laaa nervous sangat ;)

Alhamdulillah dah dapat lesen yang dah lama aku nantikan
Now.. menunggu keputusan JAD lagi
Pray for me! 

May Allah bless

Wallahualam

Super Mom !


Assalamualaikum w.b.t

kali ni aku nak share sikit pengalaman aku hari ni jumpa seorang ibu yang aku boleh kata dia ni
SUPER MOM
she's so awesome
aku tersentuh dengan 'luahan' makcik ni
serious aku tahan nangis masa dia borak ngan aku
nada dia bercerita tu taklah sedih tapi 'luahan' dia tu yang buat aku nak nangis
buat aku ingat kat mak mak kat dunia ni

aku tak kenal pun makcik ni
anak dia kenalan aku. emm. cousin kepada geng sekolah rendah aku
so, kenal kenal macam tu je la
family dia ni tak la senang mana, tak la susah mana
dari pandangan aku laa
sebab? kemudian aku cerita

macam ni..
pagi tadi, aku ngan munirah ada urusan ngan seorang uncle ni
urusan universiti
aku nak jumpa uncle tu pun sebab nak tolong kawan kawan aku je
kitorang janji jumpa uncle tu 10 pagi
tapi aku ngan munirah dah awal sampai.. 8 setengah camtu dah ada..
so. kitorang lepak ah. borak borak
dekat seminggu tak jumpa best friend kan. 
memang ah galak bercerita macam macam
masa tu kitorang dok borak kat meja luar kfc
so, nampak ah kereta lalu lalang
then, aku tetiba nampak cousin kawan aku tu dalam sebuah kereta
tengok tengok diorang parking kat depan kfc tu gak
then, cousin kawan aku tu approach kitorang
"nak jumpa Encik Daniel jugak ke?"
"yupp"
"sama laaa"

so.. diorang pun dok sekali ngan kitorang
diorang bertiga
abang dia and mak dia
mak dia dok sebelah aku, dia lak dok sebelah munirah
abang dia dok kat meja sebelah tapi menghadap kitorang
aku taknak ah sebut nama cousin kawan aku tu
let say, nama dia Ami

makcik : korang ni umur berapa?
ami : kitorang semua sebaya
makcik : macam mana spm haritu?
ami : ni straight A's *ami tunjuk kat aku*
me : alhamdulillah
makcik : macam mana kau belajar? apa yang kau makan?

macam tu laaa permulaannya
macam macam laaa dia tanya
tak lama lepas tu aku mention gak munirah ni pun straight A's gak

aku ngan munirah share gak camna cara kitorang study
perangai kitorang dulu, baik buruk, semua share
tu aku taknak cerita ah
nak tau, korang tanya sendiri
tu pun kalau sudi dengar aku buat ceramah
hahahahahhahahaa

yang menyentuh hati aku...
makcik tu nak tanya pendapat..
tapi dia guna situasi dia sebagai contoh
so, dari situ aku dapat tau background makcik tu
dia ada 7 orang anak
anak anak dia ... emmm. t korang pandai pandai laa faham
anak 1st and 2nd result spm tak okay
yang 3rd tu, ami . aku tak pasti result dia camne
makcik tu cakap, sekarang ni harapan dia yang tengah bersekolah tu laa
ada seorang ni form 5 sekarang
dia nak aku ngan munirah jumpa anak dia tu this saturday
nak kitorang bagi motivasi, buat sharing sikit
hm. bukan nak kata kitorang hebat
bagi aku, apa salahnya membantu mana yang aku mampu
yela.. Allah dah kurniakan kelebihan sikit dari orang lain
kan lebih baik kita berkongsi ;)

dia cerita macam mana dia handle anak anak dia
i mean from the way dia tanya and bagi situasi dia
dia tak cerita direct
anak dia just tolong abah diorang kat kebun
sebab result tak okey, tak dapat masuk U katanya
lagipun anak dia ni pemalu
makcik tu lak sibuk sibuk cari biasiswa, interview, edu fair sana sini
nak sekolahkan anaknya
tapi dari gayanya bercakap, langsung tak menyatakan yang semua tu menyusahkan dia
dia pernah datang interview wakil anak dia
sebab anak dia keep on kata dia tak boleh plus, sangat malu
anak dia tu lelaki
kesian aku ngan makcik tu
dia kata semua yang ada iklan kat newspapers, advertisements yang mana dia mampu pergi, dia pergi
"makcik cuba cuba jaa. mana tau ada rezki"
tu laa yang makcik selalu ulang :'(

lepas tu.. dia 'cerita' gak
yang anak dia yang bersekolah tu
ada yang lalai dengan games, tv.. ala.. kids nowadays kan
diorang ni takkan study selagi tak dimarah, kata makcik
kalau masa study kat rumah, anak-anak dia akan tanya dia
"mana la makcik tau kan. bukan makcik pandai pun"
tapi...
makcik ni extraordinary
tau apa dia buat?
dia sanggup datang sekolah anak dia, temankan anak dia jumpa cikgu
"kadang-kadang makcik rasa makcik pulak yang belajar, makcik pulak yang pandai sebab makcik ikut sekali belajar"
makcik tu yang tanya cikgu..
katanya, anaknya malu sangat
ya Allah.. betapa mulianya makcik ni

makcik ada gak cakap, "selagi diorang ni masih muda, selagi ada peluang belajar, makcik akan usahakan janji diorang sambung belajar"

masa kitorang jumpa Mr Daniel tu pun jelas sangat yang makcik tu nak yang terbaik buat anak dia
makcik pulak banyak tanya
bukan anak dia
aku bukan nak burukkan anak anak dia
aku nak bagitau, makcik tu berusaha sehabis baik nak pastikan anak dia dapat sambung study
walaupun terlambat sikit

ada satu part ni lagi.. sebelum Mr Daniel tu sampai
makcik : ni makcik nak bagitau la kan. masa anak-anak nak exam besar besar macam UPSR, PMR ngan SPM, risau je makcik ni.. semua ibu bapa macam tu. kitorang yang stress memikirkan anak anak. masa nak ambik result diorang ni, makcik yang melebih takut nak tau result. diorang ni buat selamba je. sejadah saja laa tempat makcik mengadu.

Ya Allah. besar sungguh pengorbanan ibu diorang ni
moga makcik sekeluarga dimurahkan rezeki, diberkati di dunia dan di akhirat
aamiin

hargai pengorbanan ibu bapa kita walau sekecil mana pun
adakalanya, apa yang diorang buat, kita tak nampak
dah besar ni, kita cuba la buat diorang senang sikit
walaupun kita tak mempunya IQ sehebat rakan rakan yang lain,
banyak lagi cara kita nak membalas jasa diorang
paling penting, doakan diorang
kalau dah ada peluang study, manfaatkanlah
jangan sia siakan duit mak ayah
kalau ada biasiswa sekalipun, korang kata tu bukan duit mak ayah korang...
hey. sedar sikit.
baju tu, alat tulis.. barangan peribadi. duit biasiswa gak?
kalau ye pun, hargailah kepenatan diorang, kerisauan diorang, kasih sayang diorang besarkan korang
jaga korang sampai mampu masuk U tu

kalau memang dah kelemahan diri, tak mampu nak study nak dapat result gempak,
jangan lak buat hal
menyusahkan mak ayah
sekurang-kurangnya, kita berusaha sehabis baik
bukan nya sengaja cari nahas
merokok, dadah, kelab malam
buang masa buang duit beb
semu tu dekati maksiat. nauzzubillah

sebelum tu,
pagi tadi masa abah hantar aku keluar, on the way tu, abah ada tengok bekas student dia tengah lepak
dengan rokok
ni yang aku dengar dari mulut abah
"cuba tengok tu. dah bapa takda, mintak duit kat mak sesuka hati, beli rokok yang takda faedahnya, adik beradik ramai, mak kerja pun gaji berapa jaa nak sara satu keluarga yang besar tu"
kesian la kat mak dia
susah payah kerja nak cari duit
dia mintak duit then beli ROKOK????!
dah la membazir. membunuh lagi tu

bagi perokok
let me tell you
it's better late than never
cuba laa berhenti merokok
simpan duit tu
sayangi diri, sayangi orang di sekeliling
korang nak bakar duit macam tu je?
kalau korang nak merokok lagi,
korang keluarkan duit yang sama harga ngan rokok tu..
ambik mancis
cuba bakar
sanggup?

kay laa. panjang macam biasa coretan aku
aku tak la sempurna
aku manusia gak
tapi.. tu la kan.. manusia
pelupa
kena saling mengingati
jangan takut nak tegur
tegur pun jangan lah kasar. biar berhemah

selalu je kita tengok orang buat jahat dalam kalangan orang baik
tapi jarang kita tengok orang buat baik dalam kalangan orang jahat

faham faham la sendiri

betulkan yang biasa, biasakan yang betul

May Allah bless. sesungguhnya adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi Allah melaksanakan amar makruf nahi munkar
kalau tak mampu kita tegur dengan tangan *kuasa bukan penampar*, dengan lidah *teguran yang berhemah bukan maki hamun*, sekurang kurangnya, gunalah hati kerana membenci dengan hati adalah selemah lemah iman
Allah akan membantu hambaNya yang membantu agamaNya


Wallahualam