Nothing Is Impossible

Assalamualaikum w.b.t

post ni sekadar motivasi
khasnya untuk adik adik yang nak sit SPM tu
all the best yaw!

ni nak share cerita pasal one of my best friend, also my roomate
jyeah. semua cerita yang aku share based on kisah benar okayyy

she's one hardworking girl
yeah. i adore her.
anyway, dia ni laa sumber motivasi aku nak belajar kat dorm
ye laa.. kadang kadang aku ni malas gak nak study
tapi bila dah tengok dia ni bukak buku, aku tak senang duduk ah
last last aku paksa diri nak belaja :)
thanks to her!

nak describe this person a lil bit laa
as usual. hahahaha. aku suka sangat describe orang before bercerita
this girl is so gorgeous. tapi tabik spring habis ah
tak layan lelaki gituu
she got a strong life principle perhaps
aku tengok dia banyak berubah naik form 5
serious talk dia rajin gilos!
tercabar beta. ahaha

okayy.. first of all, trial dia, dia dapat 6A 3B 1C
kalau nak tau ah.. kalau dok kelas rank first ni, tekanan dia agak tinggi
ye laaa.. semua nak the best
kalau kelas bawah kitorang dapat beat result kitorang...
SIAP ah kena ngan cikgu
kitorang pun malu gak

so.. u know what.. masa dapat semua result trial 1 tu, trial SBP..
dia nampak ah badmood. sedih kot.
i mean.. the pressure u know.. lain sikit
sampai je dorm.. dia nangis.
seriously dia nampak down
aku ni bukan reti nak pujuk pun
aku takut kalau aku pujuk dia makin terasa lak
ada laaa aku bagi sikit kata semangat. sebilik try pujuk dia..

then

trial 2 dia dah ada peningkatan
paling osem... Bio aku kalah ngan dia. sedih kot
hahahahaha
tak pe ah. but seriously, bangga ngan dia

lagi osem bila ambik result
guess what. she got STRAIGHT A'S!
alhamdulillah

so.....
ni aku nak share niiii

she took that as a challenge
siblings dia legend kot.
semua result elok elok
mestilaa dia nak jd the best
serious talk, boleh nampak ah kerja keras dia blaja
tak jemu dia bertanya
tak malu nak approach cikgu, kawan kawan
well, nama pun study
kalau kau malu, ilmu tak datang laaa alamatnyaaa!

aku tengok dia rajin pergi surau..
rajin buat solat hajat..
belaja bila ada masa..
macam masa nak tunggu azan..
aku tengok dia pun seram
hahahaa
mana taknyaa.. rasa tercabar. takut aku yang tak study ni jatuh lak
so... sebab dia buat aku cuak laaa aku pun bukak buku
thanks to her! hahaha
aku ni memang suka perhati orang en :3

aku tak tau ah camne nak cerita lagi..
usaha dia double triple dari orang lain kot.
especially minggu dekat nak SPM tu

u know what.. ada gak kawan classmate aku ni
dia trial 1 and 2 both dapat straight A's but then SPM ada 1B
yes, Allah lebih mengetahui yang terbaik buat kita

aku bukan nak memburukkan
aku just nak jadikan kisah ni sebagai motivasi kita
kalau kita berusaha betul betul, ikhtiar... then tawakal..
in shaa allah, Allah pun akan bantu

aku just nak buat perbandingan..
roomate aku ngan classmate aku tu..
kalau ikutkan, classmate aku tu muka confirm straight A's
tapi dah takda rezki
mungkin usaha roomate aku tu melebihi dia
melebihi orang di sekeliling and Allah nak bagi dia merasa kebahagiaan setelah sekian lama bertungkus lumus memerah otak nak mendalami ilmu Allah

macam kita jugak
kalau nak upgrade iman, Allah akan uji dulu
kalau nak upgrade result, Allah nak uji dulu
nak tengok usaha kita macam mana
biar lah keputusan kita tu setimpal dengan usaha kita

okay. conclusionnya...
nothing's impossible
kita kena usaha je
kita kena yakin kita boleh
macam kawan aku ni... sekali dia jatuh.. dia bangun dua kali
dia berdiri lebih tinggi dari yang lain
dia berusaha nak dapat apa yang dia nak dan dengan izin Allah, dia dapat

setiap usaha kita tu mestilah kita sertakan dengan doa
tanda tawakal kita pada kuasa Allah yang menentukan yang terbaik buat kita
jangan pernah mengalah

in shaa allah kita boleh lebih maju dari semalam
be like her
be strong like her
be determined like her

cikgu fizik kitorang selalu point kat dia..
push dia
maybe dia tak sampai lagi tahap yang cikgu kitorang nak
guess what . tak sia sia dia pernah nangis masa kelas fizik
well, cikgu kitorang ni jenis straight forward
cikgu fizik pernah cakap kat dia, "i don't know how u can be in this class"
agak agak sapa tak terasa weh
but then... alhamdulillah
she got A+ for physics
kau rasa dia pernah ke nak merasa A pun tak pernah
never give up hopes
kalau dia boleh kenapa kita tak?
dia mungkin dulu antara tercorot, tapi dia tetap bangun dan finally mampu jadi antara yang terbaik

aku harap post ni boleh laa sedikit sebanyak naikkan semangat yang tengah study tu
thanks to her izinkan aku share kisah dia
may Allah bless her always. aamiin

may Allah bless
Allah takkan tengok apa yang kita dapat tapi Allah akan tengok ikhtiar kita :)
ikhtiar, kalau dari pkataan arabnya, khair ( baik ) maksudnya usaha kita kenalah menggunakan jalan yang terbaik
tak perlu guna unsur syirik atau khurafat untuk berjaya.
moga Allah perkukuhkan iman kita. aamiin

Wallahualam

1 comment: