Tips On Interview

Assalamualaikum w.b.t

Ni based on pengalaman sendiri (interview JAD and mock interview with IR from Malaysia LNG company), talks, blogwalking, friends’ and seniors’ sharing
Preparation Mode
Do sufficient researches
Apa yang perlu dibuat research?
-          What’s so special about the scholar / U
-          Prospek kerjaya
-          Apa yang korang boleh terangkan tentang course yang korang ambik
-          Minat korang (U mana.. or future goal ; for eg, working with oil and gas company.. so which side in the company. What’s your role? What can u contribute to the company)
-          Isu semasa
-          Menteri-menteri semasa
-          How does the scholar’s / U’s interview will be held (u better go blogwalking.. seek for the seniors’ experiences sama ada nanti ada exam ke.. ada grouping ke..)
-          Contoh-contoh soalan interview
-          Try contact seniors terdahulu

JANGAN MALU BERTANYA! Nak tanya aku pun bolehh even masa korang baca ni entah umoq aku berapa dah kan.. feel free to ask ;)

Pastikan semua dokumen yang diperlukan disediakan

-          Semua salinan dokumen disahkan (ic sendiri, ic parents, slip keputusan, sijil-sijil, penyata gaji n etc)
o   Pengesahan boleh dilakukan oleh mana-mana individu berpangkat seperti ketua kampong, guru besar, pengetua(tak semestinya pengetua sekolah korang), pegawai pelajaran etc.. diorang ni memang tau yang diorang layak mengesahkan dokumen kita
o   Walaupun diorang tak mintak resume or personal statement, better prepare je okay ;) I’ve posted the sample. (PS tu biasanya kalau scholar nak further study g overseas. But in case t perlu, just prepare okay although korang mohon local punya U)

Print or salin semua bahan. Takyah kedekut sangat ink printer tu. Berbaloi okay. Korang fikir sikit, nak korbankan ink or peluang masa depan korang ni. Kalau takda printer, salin je.. just nak share and aku tau most of u memang dah tau.. kalau kita salin, ingatan kita lebih kuat tau. Kita tengok, kita baca, kita tulis.

Buat mock interview ngan kawan or family or boleh gak cakap depan cermin

Practice eye contact

Cari contoh jawapan bagi setiap soalan. Dinasihatkan, sila bersedia dengan sebarang soalan. Jangan pernah buat mindset “oh, mustahil soalan ni nak keluar”. Ingat, interview ni, PREDICT THE UNPREDICTED
Tak laa terkejut kalau kena tembak macam-macam soalan sebab korang dah sedia. JANGAN MALAS TAU!

Sebab tu aku always cakap.. “Pray for the best, prepare for the worst”

Pemakaian

Lelaki – kemeja, necktie, stoking, kasut (pastikan baju kemas di iron, kasut biar polish sampai berkilat)

Perempuan – baju kurung (termasuk non-muslim) dinasihatkan berwarna cerah, kasut tutup yang kemas dan simple (must be at least half inch! Tapi jangan laa melampau nak tinggi sangat ea), stoking, tudung *for the muslimah*(pastikan tudung di iron dengan kemas sekemas-kemasnya kerana aku yakin, kalau tudung spoil, mood korang akan spoil gak nanti! Dinasihatkan letak laaa banyak starch ea)

Penggunaan blazer – this one kalau nak interview kerja boleh laa. But for the students untuk interview scholars or U, better takyah pakai. Kalau nak jugak.. tengok interviewer la. Kalau diorang pakai, okay pakai laa. But kalau tak, better korang takyah melebih-lebih dari interviewer kayy. Kita still budak yang belajar (n_n*)(v)

Malam sebelum interview

Revise balik semua persediaan, sama ada studies or perkenalkan diri etc

Pastikan sebelum tidur korang dah prepare everything. Esok, tinggal nak mandi, pakai baju yang dah tersedia di iron, bawak beg korang berisi dokumen-dokumen tu

Ni haa. Aku list down lagi
1.       Iro baju, seluar, tudung
2.       Polish kasut
3.       Prepare semua keperluan kat satu sudut
-          Necktie, stoking, kasut
-          Fail berisi salinan dokumen-dokumen, fail berisi dokumen asli (spt sijil-sijil)


Ketika interview

1.       Pastikan masuk tu ketuk pintu, masuk je, senyum, bagi salam (assalamualaikum / good morning etc)

2.       Jangan gedik sangat nak duduk kalau tak dijemput. Tunggu beberapa saat dulu, kalau tak dijemput, mintak izin. Kadang-kadang, interviewer ni tak kasi duduk sebab korang ada buat salah . contohnya, tak bagi salam.

3.       Salam interviewer tu kalau sama jantina dengan kita. Kalau tak sama, cukup sekadar tunduk sikit sebagai tanda hormat

4.       Serah fail kalau diorang mintak. Kalau diorang tak mintak, mohon jangan buat macam office sendiri nak letak fail tu atas meja diorang. Letak je atas riba

5.       Dinasihatkan bawak notebook masuk. Kalau kena tanya kenapa, just bagitau “in case I need to jot down something later on” . tak salah malah lebih digalakkan. Nampak sikit korang ni budak sentiasa bersedia.

6.       Kalau bawak beg masuk, jangan letak atas riba. Nak jugak kena tanya nanti “ada emas ke dalam beg tu?” so.. better letak kat bawah je. I mean kat tepi kaki kerusi tu.

7.       Duduk macam pengantin okay. Takda silang-silang kaki. Yang ada habit nak goyang-goyang kaki tu mohon tahan masa ni sit still.

8.       Pastikan sentiasa senyum

9.       Jangan cuba nak tipu interviewer, diorang pro okay pro. Kalau tak tau, better buat ala-ala berfikir jap.. then baru bagitau “I’m sorry I can’t answer that.” Kalau diorang taya fakta, korang boleh tambah “if I’m given some times, I’ll sure do research about it”. Nampak sikit korang ni tak malas nak berfikir

10.   Kalau tak faham soalan, jangan main bantai je jawab. Better tanya, “I’m sorry, can u clarify your question please?”

11.   Biasakan guna “I enjoy”. Elakkan “I want, I like” for eg : I enjoy helping others in their studies.

12.   Kalau nak jawab soalan, even korang tak yakin dengan jawapan korang, kena laaa SENTIASA CONFIDENT. Tengok mata diorang.. I mean jangan laa tengok macam orang berdendam. Just nak tunjukkan korang nak convince diorang

13.   Jangan nak menggedik show off korang tau ini or itu kalau korang tak tau sangat-sangat I mean u just knew the basic of the info such as nak cakap pasal oil and gas company. Aku berani jamin, tak lama lepas tu, diorang mesti tanya lebih spesifik pasal oil and gas company tu.. until u terjerat. So, better watch out your answers. Pastikan buat research hingga ke lubang cacing. Well. Aku pernah kena camni -_- Cukup-cukup, sesuai dengan minat korang. Takyah buang masa research lebih-lebih.

14.   Even korang tak minat sangat ngan course yang korang apply tu, jangan nak gatal mulut cakap tak minat or cakap korang lebih minat benda lain. For instance, korang apply engineering tetiba lak korang bagitau, korang minat medic gak. Dua bidang yang berbeza. Unless korang ambik nanotech or biotech okay kot.

15.   Show sikit yang korang tu berminat. Biar diorang rasa rugi tak ambik korang

16.   Cakap English kalau interviewer tu speaking, and cakap melayu kalau diorang cakap melayu. Kalau diorang cakap rojak, better speak English. Kalau laa tak dapat nak speaking, mintak izin properly “I’m sorry. May I speak/explain in malay?” biasanya diorang bagi je

17.   Suara biar lantang, jelas. Biasanya kerusi korang akan diletak agak jauh dari meja interviewer so that diorang lebih mudah nak perhatikan korang. So, duduk laa elok-elok dengan postur badan yang elok, I mean tegak.

18.   Nak show confident, suara kena lantang, tangan tu gerak-gerak laa sikit ala-ala debater. Jangan kaku sangat. Mata kena tengok diorang interviewer 24/7 with a sweet smile on your cute face. Jangan tengok atas.. tengok meja.. tunduk.. NO! Kalau dua orang interviewer, tengok laa selang seli. Jangan tengok sorang je. Tu macam dah nak bagitau kat dia “wey, kau belum bayaq hutang kau” -_-

19.   Kalau perlu masa nak berfikir, better inform dulu. Kalau tak, diorang anggap korang TAK DAPAT jawab. So, cakap laaaa “I’m sorry. Please give me one/two minute(s)” not “one or two HOURS” okay

20.   Jawapan jangan sekadar nak selamatkan diri. Try cover balik. I mean bagi support ngan ayat yang meyakinkan. Kalau korang terpaksa mengaku kelemahan diri, tak salah. Tapi, kena support balik tau! Cover ngan strength kita. Cuba bagi jawapan sebijaknya walaupun aku paham, hakikatnya masa tu some people akan panic sebab nervous. So, try tenangkan diri dulu before jawab

21.   Habis je interview jangan lupa salam diorang lagi and ucap “THANK YOU” beserta senyuman semanis kurma. Ehh

22.   Senyum all the time although masa korang hang or blur or takut. SENYUM mohon SENYUM
Interview ni biasanya diorang nak tengok confidence level korang.. seseorang yang ada matlamat yang jelas, ada pendirian.. betul betul minat course and scholar yang ditawarkan. so diorang tak rugi nak bagi korang scholar/U tu.

Biasanyaa diorang ni mintak kita introduce diri dulu. Tu laaa skema soalan pertama interview.. tapi kadang-kadang ada gak diorang keluar m16 terus main tembak je sebarang. So, be well prepared okay!

Masa interview ni laa sesi punji diri.. sesi angkat bakul.. nak promote diri..

Ingat.. convince diorang yang korang takkan sia-siakan duit yang diorang yang spend kat korang tu..
So.. no need to talk like this “My name is.. I’m from… I studied at.. yadayadayada” so BORING!

Heyy. Diorang dah ada biodata korang laaa. Kan ada kat application form. Kalau diorang nak tau pun, later on diorang akan tanya.. so now.. focus on PROMOTE DIRI

Cuba try test uji buat kelainan. Okay fine nak inform nama dulu.. the your achievements in your academics, curricular activities, positions and anything yang boleh impress diorang. Guna laaa ayat “I’m the best .. yada yada yada” or buat laa ayat bunga bunga sikit nak cakap korang bagus kat ni.. kat tu.. pernah dapat anugerah apa.. camne sikap korang.. leadership skills etc.. ayat tu jangan laa boring sangat macam “I have… I am…” BORINGGG! Boleh je nak guna… but.. jangan laaa sepanjang nak describe diri tu.

Better buat macam “as the president of…. I see myself as a ….person.. which is why I have been appointed … and blab la bla..”

So.. better buat skrip awal-awal! And panjang-panjang!
Bukan apa.. kalau panjang-panjang tu.. aku jamin laa ramai yang nervous kan.. so.. mesti laa ada tinggal-tinggal points. So, kalau korang hilang certain points sekalipun, still banyak benda nak backup
Even jawapan common sense korang buat research sebelum ni pun aku nasihatkan korang buat preparation untuk setiap kemungkinan soalan.. sebab.. masa kat bilik tu.. korang ngan interviewer je. Nervous yang teramat.. kadang-kadang akal tak berfungsi dengan sepenuhnya.. so, save banyak banyak skema jawapan kat memory korang. Selamat sikit


Tips nak hilangkan nervous

Bagi yang muslim.. selawat banyak-banyak. Doa banyak banyak. Jangan nak tawakal awal-awal. Tu angkat bendera putih awal awal tu..

Salam parents before pergi interview tu. Mohon restu diorang, doa diorang. Moga dipermudahkan
Remind yourself.. worth your efforts. Jangan laa nervous korang tu spoilkan everything. Sia-sia je. Penyesalan je korang bawak balik

Dinasihatkan banyakkan bercakap.. masa nak tunggu giliran tu jangan asyik tengok skema jawapan korang.. notes or anything.. tu akan buat korang makin nervous. Better korang pergi berkenalan.. buat lawak.. try main main speaking ngan diorang ke.. trust me, korang akan kurang kekok nak bercakap dengan interviewer tu

Sebelum start nak jawab soalan atau stuck tetiba.. Tarik nafas dalam dalam… Tarik lagii. Tarikk lagi dalam dalam… jangan lepas selagi korang tak tenang. Hembus perlahan-lahan. This do helps okay ;)

Kurangkan pergi ke tandas.

Jalan-jalan keliling tempat tu kee..

Moreover, interviewer tu bukan kenal korang pun.. so cakap je laa. Diorang tak tau korang ni camne.. so, give the best first impression bout yourself. Your confidence… your intro bout yourself.. show to them “YOU WILL NEVER REGRET TO GIVE ME YOUR SCHOLAR” wehh. Jangan cakap ceni kat diorang. Cukup laa nak cakap kat diri kann

Masa datang interview tu, try jangan tengok orang lain lagi hebat dari korang. Yakin, korang terbaik. Yakin korang boleh.

Finally. Dah selesai semua.. jangan lupa bersyukur. Say Alhamdulillah.. dah selesai semuanya. Moga Allah memberkati segala usaha kita. And now baru tawakal. Ingat! Tawakal tu maksudnya berserah SETELAH berusaha dengan bersungguh-sungguh. Doa selalu.

Moga bermanfaat. 

May Allah bless

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment